Monday, February 7, 2011

Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup (1/2011)


MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

Tarikh              : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa                : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat            : Tingkatan 1V.

Kehadiran       :
1.            Tn. Haji Ismail bin Abdullah – GKMP Teknik & Vokasional
2.            En. Low Chor Peng - Ketua Panitia Kemahiran Hidup
3.            Cik Nur Fadiah binti Muhammad- Setiausaha
4.            Pn. Rohana binti Mamat
5.            Pn. Hasnah binti Seman
6.            Pn. Siti Munirah binti Shahari
7.            Pn. Eleeza binti Amir
8.            Pn. Norazila binti Zakaria
9.            Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin
10.        Cik Sadiah binti Kamar
11.        Cik Siti Norhanes binti Zailani
12.        En. Yussup bin Ismail
Tidak hadir bersebab:
1.            Pn. Khatirina binti Mat Shah
2.            Pn. Pon Sau Keng

1.      UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (EN. LOW CHOR PENG)
1.1        Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru  atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali yang pertama ini.
1.2        Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baru selaku ahli baru Panitia Kemahiran Hidup.
1.3        Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.

2.      PEGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1  Pn. Rohana binti Mamat – Pencadang
2.2  Pn. Hasnah binti Seman – penyokong
Tindakan : makluman guru

3.      LAPORAN PANITIA DAN KEWANGAN
3.1        Tuan Pengerusi memaklumkan kepada guru, semua aktiviti dan program yang telah            dijalankan sepanjang tahun 2010 boleh dirujuk dalam fail panitia.
3.2      Pengerusi memaklumkan perbelanjaan kewangan 2010. Guru-guru boleh merujuk fail kewangan untuk maklumat lebih terperinci
3.3         Baki kewangan sehingga 31 Disember 2010 ialah RM 3,793.05.
3.4        Panitia merancang untuk membeli 2 Buah LCD dengan baki wang tersebut.
         Tindakan : makluman guru

4.      PERANCANGAN 2011
Program-program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini:
4.1        Menyasarkan kelulusan 100%
4.2        Program latihan topical setiap bab
4.3        Program skor A
4.4        Program 30/40
4.5        Program latih tubi Model PMR dan soalan negeri lain
4.6        Program lawatan sambil belajar
4.7        Pertandingan           
4.8        Modul Topikal Tingkatan 1, 2, 3

Kemahiran teknikal
Perdagangan & keusahawanan
Ting. 1
1.   Cik Nur Fadiah
2.   Pn. Aleeza
  1. Pn. Khatirina

Ting. 2
1.   En. Low Chor Peng
2.   Cik Nurhayati Adha
1.      Pn. Hasnah
2.      En. Yussup
Ting. 3
1.   Pn. Pon Sau Keng
2.   Pn. Norazila
1.      Pn. Rohana
2.      Pn. Munirah

Tindakan : makluman guru
5.      PROGRAM INOVASI SEKOLAH
5.1  Program kompetensi kendiri
5.2  Keceriaan bengkel (cat bahagian dalam bengkel)
5.3  Sudut infomasi (pameran di dalam bengkel)
Tindakan : makluman guru

6.      PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1          Pengerusi mengingatkan kepada semua guru KH mesti menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.
6.2           Pengerusi memaklumkan cadangan pembelian LCD di bengkel telah mendapat kelulusan daripada pengetua. Mana-mana guru yang mempunyai sebut harga boleh mengemukan kepada kepada panitia.
6.3         Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa beliau telah beralih ke sidang petang dan mengajar tingkatan 1 dan 2.
6.4         Pengerusi telah membuat pembahagian tugas bagi menyiapkan rancangan pengajaran tahunan 2011 seperti berikut:


Kemahiran teknikal
Perdagangan & keusahawanan
Ting. 1
Pn. Aleeza
      Pn. Hasnah
Ting. 2
En. Low Chor Peng
    Pn. Khatirina
Ting. 3
Pn. Pon Sau Keng
                 Pn. Munirah
Tindakan : makluman guru

7.      ANALISA & POST MORTEM PEPERIKSAAN PMR 2010
7.1        Pengerusi telah memaklumkan tentang analisa keputusan PMR adalah seperti berikut:-

2010
2009

Pilihan 1 (KT)
91.9%
A = 31 orang
93.6%
A = 30
↓ 1.7%
↑ 1 orang
Pilihan 4 (PK)
98.4%
A= 19 orang
96.6%
A= 16 orang
↑ 1.8%
↑ 3 orang

7.2           Setelah dianalisa, pengerusi memaklumkan bahawa target 100% tidak dapat dicapai disebabkan oleh kekangan berikut:
7.2.1        Pelajar sangat lemah dan tidak dapat memahami Bahasa Malaysia dan seteruskan mereka tidak dapat mengikuti P&P.
7.2.2        Tiada minat belajar dan menganggap matapelajaran KHB tidak penting.
7.2.3        Pelajar yang gagal adalah daripada tingkatan 3B, 3D dan 3H yang bermasalah disiplin dan dipaksa belajar.
7.2.4        Pelajar pendidikan Khas seramai 3 orang gagal.
     Tindakan : makluman guru

7.3        Sebab-sebab meningkat
7.3.1        program Skor A yang dijalankan bagi Tingkatan 3I, 3A dan 3J membantu meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A.
7.3.2        Program 30/40 membantu pelajar meningkatkan markah PMR kerana pelajar diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 30 markah untuk kerja khusus.
7.3.3        Latih tubi pelajar tingkatan 3 membantu mereka meningkatkan pemahaman dan kecekapan dalam menjawab soalan.
7.3.4      Modul (biasanya soalan daripada PPD) membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
Tindakan : makluman guru

8.      KERJA KURSUS
8.1        Pengerusi memaklumkan bahawa surat perlantikan penilaian kerja khusus akan diedarkan kepada semua guru Kemahiran Hidup.
8.2        Guru diminta menyediakan carta Ghant untuk setiap kelas.
8.3        Semua kerja Khusus mesti difailkan.
8.4        Pengerusi juga memaklumkan kepada semua guru supaya meminta markah kerja khusus daripada sekolah lama bagi pelajar yang baru berpindah ke sekolah ini.
Tindakan : makluman guru
9.      PENGURUSAN BENGKEL
9.1  Pengerusi meminta kerjasama semua guru supaya memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
9.2  Pengerusi memaklumkan agihan bengkel untuk tindakan guru seperti berikut:-
Bengkel
guru
Bengkel 1
  1. Pn. Khatirina binti Mat Shah
  2. Pn. Norazila binti Zakaria
Bengkel 2
  1. En. Yussup bin Ismail
  2. Cik Sadiah binti Kamar
Bengkel 3
  1. En. Low Chor Peng
Bengkel 4
  1. Pn. Pon Sau Keng
  2. Cik Nur Fadiah binti Muhammad
Bengkel 5
  1. Pn. Hasnah binti Seman
  2. Cik Siti Norhanes
Bengkel 6
  1. Pn. Rohana binti Mamat
  2. Pn. Aleeza binti Amir
Bengkel 7
  1. Pn. Siti Munirah binti Shahari
  2. Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin
















Tindakan : makluman guru
10.  ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
10.1                      Pengerusi memaklumkan bahawa guru boleh meminjam CD interaktif daripada beliau dan merekodkan penggunaan di dalam buku rekod yang disediakan.
10.2                    Guru  juga boleh menggunakan bahan transparensi yang disediakan dan tidak dibenarkan membawa keluar bahan tersebut daripada bengkel.
Tindakan : makluman guru

11.  BUKU STOK
11.1   Pengerusi juga mengingatkan kepada guru yang bertanggungjawab menjaga bengkel supaya menyemak dan mengemakini buku stok bengkel dan memulangkan peralatan yang dipinjam daripada bengkel lain.
Tindakan : makluman guru

12.  BUKU REKOD PENGGUNAAN BENGKEL
12.1  Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa satu sistem baru akan dipraktikkan di bengkel iaitu guru mestilah merekodkan waktu penggunaan bengkel, tingkatan dan jumlah pelajar apabila menggunakan bengkel.
Tindakan : makluman guru

13.  PERATURAN BENGKEL
13.1   Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya tidak membenarkan palajar        meletakkan beg bersama-sama dengn mereka.
13.2    Penggunaan ‘liquid paper’ juga diharamkan di bengkel.
13.3   Guru mesti menasihatkan pelajar supaya dating awal ke bengkel.
13.4   Guru juga mestilah sentiasa ingatkan pelajar supaya mematuhi peraturan bengkel dan      sentiasa manjaga keselamatan semasa di bengkel.
Tindakan : makluman guru

14.  UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama 2011 ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan ucapaan terima kasih daripada pengerusi majlis.                     
                              


      Disediakan oleh:

NUR FADIAH BINTI MUHAMMAD
SETIAUSAHA
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP                     
              
.              

No comments:

Post a Comment