Tuesday, February 8, 2011

Kertas Cadangan Program Modul KH Tingkatan 1,2,3 Tahun 2011

1.0 PENDAHULUAN
Panitia KH bercadang membuat latihan dalam bentuk modul untuk semua pelajar dari tingkatan satu , dua dan tiga. Setiap tingkatan akan menggunakan latihan dalam modul untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan.Diharap latihan dalam bentuk modul akan memberangsangkan pelajar membuat latihan setiap bab mengikut tingkatan masing-masing. Seterusnya berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan individu yang bersikap positif dalam menghadapi cabaran
hidup terutama dalam mengharungi peperiksaan.
2.2 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi
peperiksaan.
2.3 Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk membaca fakta yang
tepat dan berkaitan dengan peperiksaan .
3.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan peperiksaan.
3.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan
minda mereka menjelang waktu peperiksaan.
3.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani
dan intelek.

4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

5.0 TARIKH,HARI DAN MASA
Sepanjang masa P & P .

6.0 TEMPAT
Bengkel KH / Kelas
7.0 PENGANJUR
Panitia Kemahiran Hidup

8.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
PCG Panitia Kemahiran Hidup sebanyak RM 1000.00

9.0 INPUT
Modul Tingkatan 1 (Pilihan 1 dan 4)
Modul Tingkatan 2 (Pilihan 1 dan 4)
Modul Tingkatan 3 (Pilihan 1 dan 4)
10.0 JAWATANKUASA
Guru KH

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM
BIL TARIKH BERMULA TARIKH TAMAT
1 1MAC ,2011 31 OKTOBER,2011

12.0 PENILAIAN PROGRAM
12.1 Penilaian Jangka Pendek
- Perubahan tingkahlaku serta sikap terhadap teknik
pembelajaran.
12.2 Penilaian Jangka Panjang
- Keputusan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran sewaktu ujian
Dan Peperiksaan.
- Keputusan Peperiksaan PMR

13.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya dapat membantu golongan pelajar cemerlang untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan lulus dengan cemerlang dalam PMR 2010. Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah diperlukan.


Disediakan oleh,                                                                                    Disahkan oleh,
En Low Chor Peng                                                                               (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup,                                                            Pengetua,                                          SMK Tun Mutahir                                                                                 SMK  Tun Mutahir
Batu Berendam,Melaka                                                                         Batu Berendam,Melaka

No comments:

Post a Comment

Post a Comment