Thursday, January 27, 2011

matlamat, objektif, rasional dan strategi panitia kemahiran hidup

MATLAMAT

Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF

1. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan.
2. Menggembeling tenaga dan menyelaras aktiviti-aktiviti kefahaman dan kemahiran mengenai asas-asas Kemahiran Hidup.
3. Memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang bahan dalam bidang kayu, logam, elektrik, elektronik dan enjin serta membuat pengiraan kos.
4. Menambah pemahaman tentang asas perdagangan yang berorientasikan keusahawanan dalam kehidupan sehari-hari.
5. Memupuk dan memperkembangkan nilai dan kebolehan mengurus sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan berkesan serta puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.


RASIONAL

Kemhiran Hidup ialah untuk meningkatkan daya pengeluaran negara , iaitu melibatkan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta membentuk pelbagai jenis tenaga kerja yang mahir dalam teknologi dan alam perniagaan sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

VISI

Melahirkan pelajar yang dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran asas bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam alam pekerjaan serta dunia yang mencabar kini.

MISI

1. Membekalkan pelajar dengan kemahiran asas dalam bidang teknologi dan perniagaan.
2. Membekalkan pelajar dengan kemahiran amali yang mencukupi bagi membolehkan mereka membuat kerja secara berdikari.
3. Melengkapkan pelajar dengan ilmu dalam bidang reka bentuk dan penghasilan projek, reka cipta, elektronik, perpaipan, lukisan kerja, jahitan dan masakan, tempat kediaman, dan juga tanaman hiasan.



STRATEGI

1. Menerangkan kepentingan subjek Kemahiran Hidup.

2. Mendedahkan pelajar tentang kemajuan reka bentuk alam teknologi.

3. Mendedahkan pelajar tentang dunia perniagaan tanpa sempadan.

4. Menggunakan alat bantuan mengajar untuk menarik serta menyesuaikan dengan kemudahan teknologi semasa.

5. Peranan guru sebagai pemudah cara untuk memberi peluang murid meyumbangkan daya kreativiti dan inovatif.

6. Menambahkan ABM untuk kegunaan guru.

7. Mengadakan pelbagai keadah pengajaran
untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran.

8. Menambahkan bahan-bahan bacaan rujukan di dalam perpustakaan.

9. Mengadakan latih tubi selepas menghabiskan setiap bab.

10. Sentiasa memberi perhatian terhadap pelajar yang rajin dan baik bagi memastikan mereka mendapat gred yang baik.

carta organisasi panitia kemahiran hidup