Wednesday, July 13, 2011
Friday, June 24, 2011
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU KEMAHIRAN HIDUP
1. Kerja Khusus Kemahiran Hidup bagi Pilihan 1 dan Pilihan 4 boleh dimulakan sekarang.
2. Tingkatan 1 Mesti menyiapkan 1 modul kerja khusus, Tingkatan 2 dikehendaki menyiapkan 2 modul manakala Tingkatan 3 mesti menyiapkan 1 modul.
3. Setiap modul mewakili 10 markah dan bermakna setiap pelajar perlu menyiapkan 4 modul untuk PMR
4. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan Ketua Panitia Kemahiran Hidup.
Sekian, Terima kasih.
Saturday, May 14, 2011
Monday, May 9, 2011
Mesyuarat Panitia KH Kali 2 2011
http://www.scribd.com/doc/55059170http://www.scribd.com/doc/55059170
Tuesday, April 19, 2011
Sunday, March 13, 2011
Thursday, March 10, 2011
Sunday, March 6, 2011
Perancangan Perbelanjaan Panitia KH 2011
SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM MELAKA
PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA : KEMAHIRAN HIDUP
TAHUN : 2011
Peruntukan : RM23108.51
PENERIMAAN | PERBELANJAAN | ||||
TARIKH | PERIHAL | AMAUN | TARIKH | PERIHAL | AMAUN |
31/12/2010 | Baki 2010 | 1108.51 | Jan | Projek RBT Ting 3 Bahan projek Kertas A4 | 3500.00 500.00 200.00 |
Jan2011 | Peruntukan 2011 | 22000.00 | Feb | Projek RBT Ting 2 Bahan projek Alat Tulis Alat Tangan Modul KH | 3500.00 500.00 200.00 1000.00 500.00 |
| | | Mac | Projek RBT Ting 1 Bahan projek Warna mural Alat Tangan Buku LatTubi Buku Ruj | 1500.00 500.00 200.00 800.00 500.00 500.00 |
| | | Apr | ABM Alat tulis Printer Ink Kertas A4 Alat Tangan | 1000.00 200.00 200.00 200.00 1000.00 |
| | | Mei | Servis & baikpulih mesin jahitan Projek Jahitan Bahan jahitan Bahan masak BahanElektrik | 500.00 1000.00 800.00 1000.00 500.00 |
| | | Jun | Alat Bantu Mengajar | 800.00 |
| | | Jul | Model Alat Tangan | 700.00 |
| | | Aug | Servis & baikpulih OHP | 200.00 |
| | | Dis | Baki 2012 | 1108.51 |
| JUMLAH | 23108.51 | | JUMLAH | 23108.51 |
Wednesday, February 16, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Kertas Cadangan Program Modul KH Tingkatan 1,2,3 Tahun 2011
1.0 PENDAHULUAN
Panitia KH bercadang membuat latihan dalam bentuk modul untuk semua pelajar dari tingkatan satu , dua dan tiga. Setiap tingkatan akan menggunakan latihan dalam modul untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan.Diharap latihan dalam bentuk modul akan memberangsangkan pelajar membuat latihan setiap bab mengikut tingkatan masing-masing. Seterusnya berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.
2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan individu yang bersikap positif dalam menghadapi cabaran
hidup terutama dalam mengharungi peperiksaan.
2.2 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi
peperiksaan.
2.3 Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk membaca fakta yang
tepat dan berkaitan dengan peperiksaan .
3.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan peperiksaan.
3.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan
minda mereka menjelang waktu peperiksaan.
3.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani
dan intelek.
4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
5.0 TARIKH,HARI DAN MASA
Sepanjang masa P & P .
6.0 TEMPAT
Bengkel KH / Kelas
7.0 PENGANJUR
Panitia Kemahiran Hidup
8.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
PCG Panitia Kemahiran Hidup sebanyak RM 1000.00
9.0 INPUT
Modul Tingkatan 1 (Pilihan 1 dan 4)
Modul Tingkatan 2 (Pilihan 1 dan 4)
Modul Tingkatan 3 (Pilihan 1 dan 4)
10.0 JAWATANKUASA
Guru KH
11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM
BIL TARIKH BERMULA TARIKH TAMAT
1 1MAC ,2011 31 OKTOBER,2011
12.0 PENILAIAN PROGRAM
12.1 Penilaian Jangka Pendek
- Perubahan tingkahlaku serta sikap terhadap teknik
pembelajaran.
12.2 Penilaian Jangka Panjang
- Keputusan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran sewaktu ujian
Dan Peperiksaan.
- Keputusan Peperiksaan PMR
13.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya dapat membantu golongan pelajar cemerlang untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan lulus dengan cemerlang dalam PMR 2010. Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah diperlukan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
En Low Chor Peng (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup, Pengetua, SMK Tun Mutahir SMK Tun Mutahir
Batu Berendam,Melaka Batu Berendam,Melaka
Monday, February 7, 2011
Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup (1/2011)
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Tingkatan 1V.
Kehadiran :
1. Tn. Haji Ismail bin Abdullah – GKMP Teknik & Vokasional
2. En. Low Chor Peng - Ketua Panitia Kemahiran Hidup
3. Cik Nur Fadiah binti Muhammad- Setiausaha
4. Pn. Rohana binti Mamat
5. Pn. Hasnah binti Seman
6. Pn. Siti Munirah binti Shahari
7. Pn. Eleeza binti Amir
8. Pn. Norazila binti Zakaria
9. Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin
10. Cik Sadiah binti Kamar
11. Cik Siti Norhanes binti Zailani
12. En. Yussup bin Ismail
Tidak hadir bersebab:
1. Pn. Khatirina binti Mat Shah
2. Pn. Pon Sau Keng
1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (EN. LOW CHOR PENG)
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali yang pertama ini.
1.2 Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baru selaku ahli baru Panitia Kemahiran Hidup.
1.3 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.
2. PEGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Pn. Rohana binti Mamat – Pencadang
2.2 Pn. Hasnah binti Seman – penyokong
Tindakan : makluman guru
3. LAPORAN PANITIA DAN KEWANGAN
3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan kepada guru, semua aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010 boleh dirujuk dalam fail panitia.
3.2 Pengerusi memaklumkan perbelanjaan kewangan 2010. Guru-guru boleh merujuk fail kewangan untuk maklumat lebih terperinci
3.3 Baki kewangan sehingga 31 Disember 2010 ialah RM 3,793.05.
3.4 Panitia merancang untuk membeli 2 Buah LCD dengan baki wang tersebut.
Tindakan : makluman guru
4. PERANCANGAN 2011
Program-program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini:
4.1 Menyasarkan kelulusan 100%
4.2 Program latihan topical setiap bab
4.3 Program skor A
4.4 Program 30/40
4.5 Program latih tubi Model PMR dan soalan negeri lain
4.6 Program lawatan sambil belajar
4.7 Pertandingan
4.8 Modul Topikal Tingkatan 1, 2, 3
Kemahiran teknikal | Perdagangan & keusahawanan | |
Ting. 1 | 1. Cik Nur Fadiah 2. Pn. Aleeza |
|
Ting. 2 | 1. En. Low Chor Peng 2. Cik Nurhayati Adha | 1. Pn. Hasnah 2. En. Yussup |
Ting. 3 | 1. Pn. Pon Sau Keng 2. Pn. Norazila | 1. Pn. Rohana 2. Pn. Munirah |
Tindakan : makluman guru
5. PROGRAM INOVASI SEKOLAH
5.1 Program kompetensi kendiri
5.2 Keceriaan bengkel (cat bahagian dalam bengkel)
5.3 Sudut infomasi (pameran di dalam bengkel)
Tindakan : makluman guru
6. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru KH mesti menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.
6.2 Pengerusi memaklumkan cadangan pembelian LCD di bengkel telah mendapat kelulusan daripada pengetua. Mana-mana guru yang mempunyai sebut harga boleh mengemukan kepada kepada panitia.
6.3 Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa beliau telah beralih ke sidang petang dan mengajar tingkatan 1 dan 2.
6.4 Pengerusi telah membuat pembahagian tugas bagi menyiapkan rancangan pengajaran tahunan 2011 seperti berikut:
Kemahiran teknikal | Perdagangan & keusahawanan | |
Ting. 1 | Pn. Aleeza | Pn. Hasnah |
Ting. 2 | En. Low Chor Peng | Pn. Khatirina |
Ting. 3 | Pn. Pon Sau Keng | Pn. Munirah |
Tindakan : makluman guru
7. ANALISA & POST MORTEM PEPERIKSAAN PMR 2010
7.1 Pengerusi telah memaklumkan tentang analisa keputusan PMR adalah seperti berikut:-
2010 | 2009 | ||
Pilihan 1 (KT) | 91.9% A = 31 orang | 93.6% A = 30 | ↓ 1.7% ↑ 1 orang |
Pilihan 4 (PK) | 98.4% A= 19 orang | 96.6% A= 16 orang | ↑ 1.8% ↑ 3 orang |
7.2 Setelah dianalisa, pengerusi memaklumkan bahawa target 100% tidak dapat dicapai disebabkan oleh kekangan berikut:
7.2.1 Pelajar sangat lemah dan tidak dapat memahami Bahasa Malaysia dan seteruskan mereka tidak dapat mengikuti P&P.
7.2.2 Tiada minat belajar dan menganggap matapelajaran KHB tidak penting.
7.2.3 Pelajar yang gagal adalah daripada tingkatan 3B, 3D dan 3H yang bermasalah disiplin dan dipaksa belajar.
7.2.4 Pelajar pendidikan Khas seramai 3 orang gagal.
Tindakan : makluman guru
7.3 Sebab-sebab meningkat
7.3.1 program Skor A yang dijalankan bagi Tingkatan 3I, 3A dan 3J membantu meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A.
7.3.2 Program 30/40 membantu pelajar meningkatkan markah PMR kerana pelajar diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 30 markah untuk kerja khusus.
7.3.3 Latih tubi pelajar tingkatan 3 membantu mereka meningkatkan pemahaman dan kecekapan dalam menjawab soalan.
7.3.4 Modul (biasanya soalan daripada PPD) membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
Tindakan : makluman guru
8. KERJA KURSUS
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa surat perlantikan penilaian kerja khusus akan diedarkan kepada semua guru Kemahiran Hidup.
8.2 Guru diminta menyediakan carta Ghant untuk setiap kelas.
8.3 Semua kerja Khusus mesti difailkan.
8.4 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua guru supaya meminta markah kerja khusus daripada sekolah lama bagi pelajar yang baru berpindah ke sekolah ini.
Tindakan : makluman guru
9. PENGURUSAN BENGKEL
9.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru supaya memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
9.2 Pengerusi memaklumkan agihan bengkel untuk tindakan guru seperti berikut:-
Bengkel | guru |
Bengkel 1 |
|
Bengkel 2 |
|
Bengkel 3 |
|
Bengkel 4 |
|
Bengkel 5 |
|
Bengkel 6 |
|
Bengkel 7 |
|
Tindakan : makluman guru
10. ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru boleh meminjam CD interaktif daripada beliau dan merekodkan penggunaan di dalam buku rekod yang disediakan.
10.2 Guru juga boleh menggunakan bahan transparensi yang disediakan dan tidak dibenarkan membawa keluar bahan tersebut daripada bengkel.
Tindakan : makluman guru
11. BUKU STOK
11.1 Pengerusi juga mengingatkan kepada guru yang bertanggungjawab menjaga bengkel supaya menyemak dan mengemakini buku stok bengkel dan memulangkan peralatan yang dipinjam daripada bengkel lain.
Tindakan : makluman guru
12. BUKU REKOD PENGGUNAAN BENGKEL
12.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa satu sistem baru akan dipraktikkan di bengkel iaitu guru mestilah merekodkan waktu penggunaan bengkel, tingkatan dan jumlah pelajar apabila menggunakan bengkel.
Tindakan : makluman guru
13. PERATURAN BENGKEL
13.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya tidak membenarkan palajar meletakkan beg bersama-sama dengn mereka.
13.2 Penggunaan ‘liquid paper’ juga diharamkan di bengkel.
13.3 Guru mesti menasihatkan pelajar supaya dating awal ke bengkel.
13.4 Guru juga mestilah sentiasa ingatkan pelajar supaya mematuhi peraturan bengkel dan sentiasa manjaga keselamatan semasa di bengkel.
Tindakan : makluman guru
14. UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama 2011 ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan ucapaan terima kasih daripada pengerusi majlis.
Disediakan oleh:
NUR FADIAH BINTI MUHAMMAD
SETIAUSAHA
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
.
Subscribe to:
Posts (Atom)